Thursday, July 25, 2013

Kebangkitan UMNO Ampang yang Lebih Bermaruah

Kenangan bersama Bekas Ketua UMNO Bahagian Ampang - Kata-kata Bistari Datuk Mufti


Abai ‘Asas Melayu’, Maka Jatuhlah UMNO

‘‘Perjuangan ini kita tidak warisi, kita tidak terima daripada orang dahulu, perjuangan ini kita pinjam daripada anak cucu kita.’’ ujar Datuk Mufti

UMNO wajar sentiasa dipimpin oleh pejuang tulen yang lebih memahami intipati dan semangat perjuangan masyarakat Melayu agar kekal relevan.

Datuk Mufti telah memberikan contoh terbaik apabila menyatakan:

‘‘Orang Melayu yang bangun itu hanyalah Melayu mentaliti kelas tiga, sekolah Melayu darjah enam, paling tinggi Senior Cambridge. Melayu kelas tiga berkumpul, berhimpun berdemonstrasi menentang Inggeris, bukan macam Melayu kelas satu tuan-tuan sekarang ini, tetapi Melayu kelas tiga dengan mentaliti kelas satu yang dapat menghancurkan hasrat Inggeris untuk menubuhkan Malayan Union.’’

Tambah beliau, masyarakat yang terdiri daripada tukang kebun, penjual capal, penjual nasi lemak dan pemandu adalah ‘asas orang Melayu’.

Pengalaman berhadapan dengan susah payah ini sebenarnya merupakan latihan terbaik untuk bakal pemimpin. Ia tidak diajar di universiti dan tidak akan mampu disimulasi menerusi senario palsu.

Ahli teori pengurusan dan kepimpinan, Warren G. Bennis turut mengakui ciri-ciri pemimpin terbaik sambil memberi amaran:

“Mitos kepimpinan yang paling bahaya ialah para pemimpin adalah dilahirkan – bahawa terdapat faktor genetik untuk kepimpinan. Mitos ini menegaskan bahawa seseorang dengan mudah memiliki kualiti karismatik atau tidak. Itu adalah karut; hakikatnya, perkara sebaliknya yang benar. Pemimpin adalah dibentuk dan bukan dilahirkan.”

Saya pasti ramai yang tidak sanggup malah tidak mampu melihat sokongan terhadap UMNO bakal menerima akibat pengabaian ‘asas orang Melayu’.

Bak kata Datuk Mufti:

“Kelas tiga ke, kelas satu ke, kita naik satu kapal terbang. Duduk di depan ke, duduk di belakang ke, kalau jatuh, jatuh bersama, kalau naik, naik bersama.”

Monday, July 22, 2013

UMNO Ampang, Bangkitlah..

Kata-kata Aluan Pembuka Bicara dan Minda untuk Blog Amanat Ampang.

“…hampir tujuh dekad berjuang sebagai organisasi politik yang menyejarah, mendaging dan mendarah dalam ikhtiar memartabatkan maruah serta mengangkat tinggi kedudukan orang-orang Melayu. Sungguh jauh kita berjalan. Sungguh banyak hitungan masa.
“Walau dihadap segenap cabaran, walau dilempar segala fitnah, walau diterjah sedemikian banyak taktik jahat lagi kotor, digodam dan dihentam oleh pihak lawan, terbukti kita tidak pernah pudar semangat, tidak akan mengalah, dan, tidak akan mungkin padam cita-cita. Bahkan, derap demi derap, terus menyusun strategi, mengatur langkah demi langkah, mara ke hadapan, menjulang panji-panji bangsa, agama dan Negara.”